Isnin, 30 September 2013

step by step

walking to the door without knowing what's waiting for us.. but without any fear we keep on walking.. same goes to our life, without knowing what's going on in our future, we keep trying to be the best and beat the rest... just be brave, strong, determine, and know what u want, Insyaallah.. the success will be yours

Selasa, 17 September 2013

Huraikan ciri-ciri ekonomi Feudalisme pada zaman pertengahan awal di Eropah ( 476 – 1050M ) .

Pendahuluan :
  • Ekonomi adalah suatu ilmu yang mengkaji pengeluaran, pengagihan, pertukaran dn penggunaan bahan-bahan atau barang-barang yang bersifat kekurangan serta beraneka. Ekonomi juga merupakan suatu ilmu sains sosial kerana kajian ekonomi bisanya melibatkan aspek-aspek gelagat ( perilaku ) manusia.
  • Zaman Pertengahan awal di Eropah juga dikenali sebagai zaman gelap . Zaman ini bermula selepas kejatuhan tamadun Rom. Eropah mengalami zaman kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan, perdagangan dan kehidupan perbandaran. Pada masa itu juga tidak terdapat pentadbiran pusat yang berkesan. Sistem masyarakat pada zaman gelap di Eropah ini dikenali sebagai sistem Feudalisme.
Isi :
Ciri-Ciri Ekonomi Feudalisme :
  • Sistem ekonomi feudalisme tiada hubungan dengan dunia luar. Serangan orang gasar menyebabkan tidak wujud satu pemerintahan pusat yang berkesan. Rakyat menyerahkan tanah dan diri mereka kepada tuan-tuan tanah, iaitu lords dan berjanji untuk bertempur dan menyerahkan sebahagian daripada tanaman mereka kepada lord. Mereka yang memegang tanah daripada tuan tanah dkenali sebagai lord’s tenant atau vassal.
  • Sistem ini disebut feudalisme di mana hubungan peribadi antara lord dan vassal adalah berasaskan kontrak yang tidak bertulis. Dalam institusi feudalisme , raja mempunyai kuasa mutlak dan berada di kedudukan yang tertinggi, diikuti  oleh count, lord, manor dan serf. Setiap seorang mempunyai hak dan tanggungjawab masing-masing yang bergantung kepada jenis tanah.
Ekonomi Masyarakat Feudal :
  • Di bawah sistem manor, tanah dibahagikan kepada beberapa ladang yang disebut manor dan ketuanya digelar lord/siegneur dan pekerja di bawah mereka digelar petani.
  • Kaedah pertanian mereka dikenali sistem tanah lapang dan diamalkan untuk menjamin kesuburan tanah. Tanah dibahagikan kepada tiga bahagian untuk penanaman mengikut pusingan:
  • Pusingan pertama dikenali sebagai tanaman musim bunga di mana oat dan barli ditanam, pusingan kedua melibatkan tanaman musim gugur, iaitu gandum. Pada pusingan ketiga, tanah rang dibiarkan kosong.
  • Di bawah sistem manor, kehidupan petani tertutup kerana keperluan seperti makanan, pakaian dan peralatan dihasilkan dalam isntitusi manor. Oleh yang demikian, tiada hubungan dagang dengan dunia luar. Dalam sistem manor , pertukaran barangan diutamakan.
Kesimpulan :

Apa sahaja yang berkaitan.

Huraikan Ciri-ciri Masyarakat Industri di England

Pengenalan :
  • Pada umumnya, revolusi perindustrian bermaksud proses perubahan sebuah ekonomi yang mudah kepada satu ekonomi yang kompleks. Revolusi perindustrian berlaku dalam 2 tahap iaitu tahap pertama berlaku di England pada tahun 1760 hingga tahun 1860. Manakala tahap kedua pula revolusi perindustrian telah berkembang ke bahagian barat benua Eropah, Amerika Syarikat, Rusia dan Jepun antara tahun 1860-an hingga tahun 1914.
  • Revolusi perindustrian  mempunyai beberapa maksud seperti perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan selain pertanian. Ia juga mempunyai pengertian lain iaitu melibatkan proses perubahan dalam industri, dalam bidang penggunaan sumber tenaga, bidang sosial dan intelektual. Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan daripada penggunaan tangan kepada penggunaan mesin pengeluaran dan proses kimia.
  • Menurut Straubhaar dan LaRose , masyarakat industri wujud  selepas berlakunya Revolusi Industri yang dikaitkan dengan penemuan mesin wap di Eropah (Britain) pada tahun 1712. Masyarakat industri mengalami perubahan yang pesat dalam bidang ekonomi iaitu dari kegiatan ekonomi agraria  kepada ekonomi industri yang penggunaan mesin dalam memproses bahan mentah menjadi barangan siap atau barangan kilang.
  • Perkembangan revolusi ini telah mencetuskan sistem ekonomi kapitalisme iaitu satu sistem ekonomi yang berasaskan pemilikan secara persendirian ke atas aset-aset kilang yang dianggap sebagai modal. Revolusi Perindustrian juga memperlihatkan England berubah daripada negara agraria (pertanian) kepada negara perindustrian serta menyebabkan berlakunya pertumbuhan kadar urbanisasi yang pesat dan pertambahan penduduk yang tinggi.
  • Revolusi Perindustrian yang berlaku juga membawa kepada pengenalan kuasa jentera, sistem kilang dengan pengeluaran yang berlibat ganda, pengumpulan modal yang memesatkan lagi pertumbuhan ekonomi dan berlakunya pertambahan bilangan kelas pekerja serta kelas pertengahan baru yang terdiri daripada pemilik kilang, saudagar, peniaga, ahli-ahli bank, doktor, peguam dan jurutera.
Isi-isi :
Ciri-Ciri Masyarakat Industri di England :
Kemajuan Dalam Sistem Pertanian :
  • Sistem pertanian yang berkonsepkan pemagaran tanah untuk mengasingkan kawasan tanah yang dimiliki di antara individu. Kesannya antara tahun 1761 hingga 1793, hampir 5 juta ekar tanah telah dipagar melalui Akta Pemagaran Tanah.
  • Sistem Tanaman Bergilir Norfolk telah diperkenalkan pada akhir abad ke-18. Dalam sistem ini tanah pertanian  akan digunakan sepanjang tahun melalui penanaman secara bergilir-gilir dengan jenis tanaman yang berlainan seperti lobak, gandum, barli dan rumput. Kaedah ini dapat megekalkan kandungan nitrogen dalam tanah dan mengekalkan kesuburan tanah setiap masa
  • Petani juga turut memperkenalkan sistem pertanian campuran iaitu menternak biri-biri serta menanam rumput dalam kawasan yang sama.
  • Pengenalan teknik penanaman baru dan jentera seperti alat penggali dan penabur benih yang dicipta oleh Jethro Tull
Pengenalan Baja Kimia :
  • Coke of Holkham memperkenalkan sistem pengurusan ladang yang lebih moden  dan tebus guna tanah secara heavy manuring
Masyarakat Yang Berasaskan Kepada Perindustrian :
  • Perkembangan industri tekstil  membawa kepada penciptaan mesin pemintal dan mesin tenun yang menggunakan kuasa air.
  • Perindustrian besi telah membawa kepada kemajuan peleburan besi dengan menggunakan arang bagi menghasilkan besi tempa
  • Pada akhir abad ke-18, kuasa wap tealah digunakan untuk mengendalikan jentera
Kemajuan Dalam Sistem Pengangkutan :
  • Masyarakat industri juga menikmati kemajuan dalam bidang pengangkutan seperti perkapalan, jalan raya, jalan keretapi dan terusan/sungai.
  • Pembinaan kapal menggunakan rangka besi pada 1787 dan penggunakan enjin berkuasa wap pada 1802 menjadikan industri pembuatan kapal semakin berkembang
  • Pembinaan lokomotif pada 1801 dan penggunaan minyak tar untuk menurap jalan menjadikan sistem pengangkutan lebih lancar.
  • Landasan kereta api yang moden dibina pada 1825 yang menghubungkan lombong arang batu Durham di Stockton dengan Darlington merancakkan perindustrian di England.
Penghijrahan Dan Pertambahan Penduduk :
  • Masyarakat industri menyumbang kepada pertambahan penduduk. Penduduk England telah meningkat dengan mendadak antara tahun 1800 hingga 1850 dan lebih separuh populasi tinggal di bandar-bandar terutamanya London
  • Selain itu kemajuan infrastruktur telah menyumbang kepada penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar. Antara kawasan yang mengalami pertambahan penduduk yang pesat ialah Lancashire, Yorkshire dan Nottinghamshire
  • Penghijrahan penduduk dari Ireland juga memajukan industri tekstil di England
  • Kehidupan penduduk yang semakin berkualiti juga menyebabkan peningkatan jumlah penduduk yang ketara di negara berkenaan.
Perluasan Perdagangan Antarabangsa :
  • Masyarakat industri juga terlibat dalam perdagangan antarabangsa apabila berlaku pertambahan penghasilan barangan dalam industri pembuatan. Kemajuan dalam industi tekstil telah menyebabkan pengeksportan kain kapas dari Manchester dan Leeds.
  • Demi untuk meningkatkan perdagangan antarabangsa, England telah memansuhkan tarif import bahan mentah bagi membolehkan barang-barang dieksport ke luar negara.
Perubahan Gaya Hidup :
  • Kehidupan bebas masyarakat di bandar membawa kepada pelbagai masalah sosial yang kritikal seperti keruntuhan moral, kegiatan pelacuran dan perlakuan jenayah dan sebagainya.
  • Justeru masyarakat yang tinggal di bandar harus menyesuaikan cara hidup yang penuh mencabar dan berlandaskan material dengan lebih berdikari, berilmu pengetahuan dan mengejar kekayaan.
Masalah Pencemaran Dan Kesihatan :
  • Industri perkilangan menyebabkan berlakunya pencemaran yang menjejaskan kesihatan masyarakat
  • Pencemaran air menyebabkan merebaknya pelbagai penyakit dan bertambahnya kematian di kawasan bandar
  • Akta kesihatan awam telah ditubuhkan pada 1875 untuk mengurang dan memperbaiki keadaan kesihatan masyarakat
Kemunculan Kelas Baharu Masyarakat :
  • Selain kelas pekerja wujud golongan kelas pertengahan yang terdiri daripada pemilik  kilang, peniaga, ahli perbankan, peguam dan jurutera.
  • Pertumbuhan ekonomi yang pesat menyebabkan berlakunya peningkatan dalam kedudukan dan pendapatan kelas pertengahan.
  • Golongan ini mempunyai kuasa politik yang berjuang mendapatkan perwakilan di parlimen untuk menyuarakan kepentingan mereka dalam bidang perdagangan dan ekonomi.
Kemunculan Golongan Proletariat :
  • Kesan daripada akta Pemagaran Tanah menyebabkan hampir 85% tanah pertanian dikuasai oleh pemajak-pemajak yang mempunyai modal manakala golongan petani yang tidak memiliki tanah menjadi buruh untuk mendapat upah di ladang atau berhijrah ke bandar untuk bekerja di kilang-kilang dan dikenali sebagai golongan proletariat.
  • Pekerja-pekerja ini terdiri daripada pelbagai golongan termasuk wanita dan kanak-kanak yang dibayar upah minimum dan dipaksa bekerja dalam tempoh yang panjang iaitu 12 jam sehari
  • Kebajikan pekerja yang tidak terbela menyebabkan golongan yang tidak berpuas hati dengan majikan telah mengadakan rusuhan pada tahun 1800 dan masyarakat pekerja dibenarkan untuk menubuhkan Kesatuan sekerja.
  • Sehubungan dengan itu beberapa akta telah digubal antaranya Akta Kilang 1833 dan Akta Lombong 1842.
Kelahiran Idea-Idea Baru :
  • Masyarakat industri maju dalam pemikiran apabila melahirkan idea-idea baru yang berupaya menyumbang kepada keadilan dalam bidang ekonomi dan sosial
  • Hasilnya lahirlah pemikir sosialis awal seperti Claude Henri de Saint-Simon yang menyeru kerajaan agar memiliknegarakan semua kilang, merancang perkembangan ekonomi dan meningkatkan kebajikan rakyat.
  • Manakala pemikir terkenal Robert Owen pula mengatakan bahawa kapitalisme harus bersifat kemanusiaan dalam mengejar keuntungan. Majikan perlu membayar upah yang tinggi, mementingkan kebajikan pekerja dan masa bekerja tidak lebih 10 jam sehari.
Kesimpulan :
Apa yang berkaitan.

Hey Guys!!

Assalamualaikum... lame x buat entry... Alhamdulillah waheeda masih hidup dan sihat ok... hehe... sekarang waheeda agak busy dgan life waheeda sbagai student form 6.. maklumlah waheeda kan nak jdi best student.. hehe... ok la... entry kali waheeda cuma nak bagi tahu yang mulai pada hari ini waheeda akan berkongsi sedikit sebanyak nota2 form 6 yang waheeda dah buat... moga2 nota form 6 ini bermanfaat untuk kita semua.. ameen.... =)