Pengenalan :
- Pada
umumnya, revolusi perindustrian bermaksud proses perubahan sebuah ekonomi
yang mudah kepada satu ekonomi yang kompleks. Revolusi perindustrian
berlaku dalam 2 tahap iaitu tahap pertama berlaku di England pada tahun
1760 hingga tahun 1860. Manakala tahap kedua pula revolusi perindustrian
telah berkembang ke bahagian barat benua Eropah, Amerika Syarikat, Rusia
dan Jepun antara tahun 1860-an hingga tahun 1914.
- Revolusi
perindustrian mempunyai beberapa maksud seperti perubahan pesat
dalam kaedah pengeluaran barangan selain pertanian. Ia juga mempunyai
pengertian lain iaitu melibatkan proses perubahan dalam industri, dalam
bidang penggunaan sumber tenaga, bidang sosial dan intelektual. Perubahan
ini melibatkan penghasilan barangan daripada penggunaan tangan kepada
penggunaan mesin pengeluaran dan proses kimia.
- Menurut
Straubhaar dan LaRose , masyarakat industri wujud selepas berlakunya
Revolusi Industri yang dikaitkan dengan penemuan mesin wap di Eropah
(Britain) pada tahun 1712. Masyarakat industri mengalami perubahan yang
pesat dalam bidang ekonomi iaitu dari kegiatan ekonomi agraria
kepada ekonomi industri yang penggunaan mesin dalam memproses bahan mentah
menjadi barangan siap atau barangan kilang.
- Perkembangan
revolusi ini telah mencetuskan sistem ekonomi kapitalisme iaitu satu
sistem ekonomi yang berasaskan pemilikan secara persendirian ke atas
aset-aset kilang yang dianggap sebagai modal. Revolusi Perindustrian juga
memperlihatkan England berubah daripada negara agraria (pertanian) kepada
negara perindustrian serta menyebabkan berlakunya pertumbuhan kadar
urbanisasi yang pesat dan pertambahan penduduk yang tinggi.
- Revolusi
Perindustrian yang berlaku juga membawa kepada pengenalan kuasa jentera,
sistem kilang dengan pengeluaran yang berlibat ganda, pengumpulan modal
yang memesatkan lagi pertumbuhan ekonomi dan berlakunya pertambahan
bilangan kelas pekerja serta kelas pertengahan baru yang terdiri daripada
pemilik kilang, saudagar, peniaga, ahli-ahli bank, doktor, peguam dan
jurutera.
Isi-isi :
Ciri-Ciri Masyarakat Industri di England :
Kemajuan Dalam Sistem Pertanian :
- Sistem
pertanian yang berkonsepkan pemagaran tanah untuk mengasingkan kawasan
tanah yang dimiliki di antara individu. Kesannya antara tahun 1761 hingga
1793, hampir 5 juta ekar tanah telah dipagar melalui Akta Pemagaran Tanah.
- Sistem
Tanaman Bergilir Norfolk telah diperkenalkan pada akhir abad ke-18. Dalam
sistem ini tanah pertanian akan digunakan sepanjang tahun melalui
penanaman secara bergilir-gilir dengan jenis tanaman yang berlainan
seperti lobak, gandum, barli dan rumput. Kaedah ini dapat megekalkan
kandungan nitrogen dalam tanah dan mengekalkan kesuburan tanah setiap masa
- Petani
juga turut memperkenalkan sistem pertanian campuran iaitu menternak
biri-biri serta menanam rumput dalam kawasan yang sama.
- Pengenalan
teknik penanaman baru dan jentera seperti alat penggali dan penabur benih
yang dicipta oleh Jethro Tull
Pengenalan Baja Kimia :
- Coke of
Holkham memperkenalkan sistem pengurusan ladang yang lebih moden dan
tebus guna tanah secara heavy manuring
Masyarakat Yang Berasaskan Kepada Perindustrian :
- Perkembangan
industri tekstil membawa kepada penciptaan mesin pemintal dan mesin
tenun yang menggunakan kuasa air.
- Perindustrian
besi telah membawa kepada kemajuan peleburan besi dengan menggunakan arang
bagi menghasilkan besi tempa
- Pada
akhir abad ke-18, kuasa wap tealah digunakan untuk mengendalikan jentera
Kemajuan Dalam Sistem Pengangkutan :
- Masyarakat
industri juga menikmati kemajuan dalam bidang pengangkutan seperti
perkapalan, jalan raya, jalan keretapi dan terusan/sungai.
- Pembinaan
kapal menggunakan rangka besi pada 1787 dan penggunakan enjin berkuasa wap
pada 1802 menjadikan industri pembuatan kapal semakin berkembang
- Pembinaan
lokomotif pada 1801 dan penggunaan minyak tar untuk menurap jalan
menjadikan sistem pengangkutan lebih lancar.
- Landasan
kereta api yang moden dibina pada 1825 yang menghubungkan lombong arang
batu Durham di Stockton dengan Darlington merancakkan perindustrian di
England.
Penghijrahan Dan Pertambahan Penduduk :
- Masyarakat
industri menyumbang kepada pertambahan penduduk. Penduduk England telah
meningkat dengan mendadak antara tahun 1800 hingga 1850 dan lebih separuh
populasi tinggal di bandar-bandar terutamanya London
- Selain
itu kemajuan infrastruktur telah menyumbang kepada penghijrahan penduduk
dari luar bandar ke bandar. Antara kawasan yang mengalami pertambahan
penduduk yang pesat ialah Lancashire, Yorkshire dan Nottinghamshire
- Penghijrahan
penduduk dari Ireland juga memajukan industri tekstil di England
- Kehidupan
penduduk yang semakin berkualiti juga menyebabkan peningkatan jumlah
penduduk yang ketara di negara berkenaan.
Perluasan Perdagangan Antarabangsa :
- Masyarakat
industri juga terlibat dalam perdagangan antarabangsa apabila berlaku
pertambahan penghasilan barangan dalam industri pembuatan. Kemajuan dalam
industi tekstil telah menyebabkan pengeksportan kain kapas dari Manchester
dan Leeds.
- Demi
untuk meningkatkan perdagangan antarabangsa, England telah memansuhkan
tarif import bahan mentah bagi membolehkan barang-barang dieksport ke luar
negara.
Perubahan Gaya Hidup :
- Kehidupan
bebas masyarakat di bandar membawa kepada pelbagai masalah sosial yang
kritikal seperti keruntuhan moral, kegiatan pelacuran dan perlakuan
jenayah dan sebagainya.
- Justeru
masyarakat yang tinggal di bandar harus menyesuaikan cara hidup yang penuh
mencabar dan berlandaskan material dengan lebih berdikari, berilmu
pengetahuan dan mengejar kekayaan.
Masalah Pencemaran Dan Kesihatan :
- Industri
perkilangan menyebabkan berlakunya pencemaran yang menjejaskan kesihatan
masyarakat
- Pencemaran
air menyebabkan merebaknya pelbagai penyakit dan bertambahnya kematian di
kawasan bandar
- Akta
kesihatan awam telah ditubuhkan pada 1875 untuk mengurang dan memperbaiki
keadaan kesihatan masyarakat
Kemunculan Kelas Baharu Masyarakat :
- Selain
kelas pekerja wujud golongan kelas pertengahan yang terdiri daripada
pemilik kilang, peniaga, ahli perbankan, peguam dan jurutera.
- Pertumbuhan
ekonomi yang pesat menyebabkan berlakunya peningkatan dalam kedudukan dan
pendapatan kelas pertengahan.
- Golongan
ini mempunyai kuasa politik yang berjuang mendapatkan perwakilan di
parlimen untuk menyuarakan kepentingan mereka dalam bidang perdagangan dan
ekonomi.
Kemunculan Golongan Proletariat :
- Kesan
daripada akta Pemagaran Tanah menyebabkan hampir 85% tanah pertanian
dikuasai oleh pemajak-pemajak yang mempunyai modal manakala golongan
petani yang tidak memiliki tanah menjadi buruh untuk mendapat upah di ladang
atau berhijrah ke bandar untuk bekerja di kilang-kilang dan dikenali
sebagai golongan proletariat.
- Pekerja-pekerja
ini terdiri daripada pelbagai golongan termasuk wanita dan kanak-kanak
yang dibayar upah minimum dan dipaksa bekerja dalam tempoh yang panjang
iaitu 12 jam sehari
- Kebajikan
pekerja yang tidak terbela menyebabkan golongan yang tidak berpuas hati
dengan majikan telah mengadakan rusuhan pada tahun 1800 dan masyarakat
pekerja dibenarkan untuk menubuhkan Kesatuan sekerja.
- Sehubungan
dengan itu beberapa akta telah digubal antaranya Akta Kilang 1833 dan Akta
Lombong 1842.
Kelahiran Idea-Idea Baru :
- Masyarakat
industri maju dalam pemikiran apabila melahirkan idea-idea baru yang
berupaya menyumbang kepada keadilan dalam bidang ekonomi dan sosial
- Hasilnya
lahirlah pemikir sosialis awal seperti Claude Henri de Saint-Simon yang
menyeru kerajaan agar memiliknegarakan semua kilang, merancang
perkembangan ekonomi dan meningkatkan kebajikan rakyat.
- Manakala
pemikir terkenal Robert Owen pula mengatakan bahawa kapitalisme harus
bersifat kemanusiaan dalam mengejar keuntungan. Majikan perlu membayar
upah yang tinggi, mementingkan kebajikan pekerja dan masa bekerja tidak
lebih 10 jam sehari.
Kesimpulan :
Apa yang berkaitan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan