Ahad, 9 Februari 2014

Antara Impian dan Cita-cita ?


sejak akhir-akhir ni wahida sibuk sangat dengan assignment.. tapi dah lumrah hidup student kan.. redha je la.. kenapa title tu antara impian dan cita-cita? pernah x korang rasa keliru antara impian dan cita-cita korang?? hmm.. wahida selalu keliru dengan 2 benda yang sangat berbeza pada zahir nya tetapi hampir serupa pada hakikatnya.. kenapa wahida cakap 2 benda tu hampir serupa pada hakikatnya? sebab kedua2 nya merupakan harapan yang kita tanam dalam diri kita.. tetapi harapan tersebut jika kita tidak susuli dengan usaha.. harapan tersebut hanya akan terkubur begitu saja.. dari kecil lagi bila org tanye wahida.. cita-cita wahida bila dah besar nak jadi apa? wahida akan jawab nak jadi cikgu... kenapa nak jadi cikgu? sebab nak ajar org lain.. lagipun mama & abah wahida kan cikgu.. wahida nak ikut mama & abah..hehe =)

INI IMPIAN KE CITA-CITA NI?? 

1. Nak hantar mama dengan abah pergi haji (duit x cukup lagi..)
2. Nak jadi anak solehah (sampai jannah ! )
3. Nak kahwin dengan ustaz (amboi...) 
4. Nak jadi cikgu (macam mama & abah)
5. Nak pakai purdah (bila la nak sedia..huhu)
6. Nak bagi duit gaji kat mama ( harap cepat la dapat kerja! )
7. Nak masuk Syurga (ni semua org nak)
8. Nak banggakan abah & mama (dari semua segi)
9. Nak ade banglo dan kereta mini copper ( cewahh.. berangan )
10. Nak dapat result 4.00 (ameen..)

Walaupun ade harapan yang wahida rase terlalu tinggi untuk wahida capai.. tapi wahida x rasa ianya mustahil untuk wahida kecapi.. kerana In Shaa Allah wahida akan terus berusaha.. Jika Allah berkehendak maka semua nye x akan mustahil.. jadi wahida kena terus berusaha sungguh-sungguh dan tawakal.. setelah itu redha dengan setiap perkara yang telah Allah tentukan.. kerana sebaik-baik perancangan adalah perancangan DIA YANG MAHA AGUNG .


2 ulasan:

  1. salam,
    pada kak iki, impian dan cita-cita memang tak sama, tapi berkain, dari impianlah timbul cita-cita.. cuz, bila kita mahukan sesuatu (impian), kita akan usaha untuk mencapainya (cita2).
    kan :)

    all the best! :)

    BalasPadam
  2. waalaikummusslm.. betul tu.. thanks :)

    BalasPadam