Selasa, 31 Mac 2015

KERANA KITA TETAP BERSAHABAT

Sedar atau tidak dah hampir 4 bulan aku menamatkan zaman persekolahanku...
Rindu...
Hanya itu yang mampu aku katakan..
Sungguh aku rindu dengan keletah dan gelak tawa rakan-rakanku..
Rindu akan usikan dan amarah mereka yang tidak pernah bertahan lama..
Kekadang kami bergelak bersama, kami menangis bersama, bergaduh bersama..
Walau apa pun terjadi kami tetap bersama..
Mereka ibarat keluarga kedua aku...
Mereka pembakar semangat untuk aku meneruskan perjalananku..
Tingkatan 6 mengajar aku kepelbagaian..
Aku belajar ilmu duniawi..
Aku belajar ilmu akhirawi..
Aku belajar erti sahabat...
Aku belajar menjadi lebih matang...
Sungguh...
Aku tidak pernah menyesal keputusanku memilih stpm..
Kerana aku tahu Allah telah memberikan yang terbaik untuk aku..
Kini aku menunggu panggilan untuk memasuki IPTA begitu juga sahabat-sahabatku..
Hatiku berharap dan aku berdoa agar kami bersama-sama menuju ke menara gading..
Bersama-sama menuju kejayaan...
Bersama-sama sehingga ke akhirnya...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan